Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Langgar merupakan sebuah pekan kecil di negeri Kedah, Malaysia. Ia terletak di antara pekan Pokok Sena dan Bandar Alor Setar. Masyarakat di sini menyebutnya “Langgaq”.

Perkataan 'langgar' di sini bermakna 'perkuburan raja' atau 'makam'. Di sini terdapat sebuah makam raja sejak tahun 1706 yang berdekatan dengan Masjid Langgar(Masjid Jamek Tunku Kalsum). Dalam makna yang lain 'langgar' juga bermaksud pusat pengajian agama seperti surau dan madrasah.

Terdapat banyak tempat pengajian agama di Langgar. Langgar merupakan sebuah penempatan di Kedah yang telah wujud sejak 1700-an. Ketika itu jalan pengangkutan untuk pergi ke Langgar adalah melalui laluan sungai dari Bukit Pinang.

Jaraknya dari Bandar Alor Setar ialah lebih kurang 9 km. Disinilah terletaknya Komplek Makam diRaja Langgar bersebelahan dengan Sungai Langgar. Komplek ini dibina pada bulan Jun tahun 1701.

Sultan Abdullah Muazzam Shah telah telah memilih Langgar sebagai tempat pemerintahannya dan apabila baginda meninggal pada 1706, baginda telah dimakamkan di Langgar. Sejak dari itu, kesemua Sultan Kedah dan kerabat di Raja Kedah telah dimakamkan di permakaman diraja di Langgar. Diantara tokoh yang dimakamkan di Langgar termasuk Tunku Abdul Rahman, perancang kemerdekaan Malaysia, dan juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah sendiri telah memilih untuk dikebumikan di Langgar dan bukannya di makam pahlawan, di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Langgar juga merupakan sebuah pusat pengajian agama berasaskan Sistem Pondok, iaitu sebuah sistem pendidikan yang tertua di Alam Melayu ini. Sistem Pondok ini telah berjaya menghasilkan ramai tokoh-tokoh agama dan alim ulama yang telah memberi sumbangan yang besar di dalam perkembangan Islam.

Bentuk pondok yang terdapat di Pekan Langgar adalah sama dengan bentuk Penjantren yang terdapat di Pulau Jawa, Madura, Acheh, Minangkabau dan juga Sumatera. Terdapat banyak pondok-pondok pengajian, antaranya yang terkenal ialah Pondok Tuan Haji Mohammad Nor(lebih dikenali sebagai Pondok Tasak), Pondok Tuan Haji Ahmad Tua, Pondok Tuan Haji Ahmad Janggut dan Pondok Sheikh Abdullah Mesir.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018


3D Puzzles Challenge di PI Langgar

Aktiviti Terkini | 27 Julai 2018

Dapat menggalakkan kerjasama dan memupuk kreativiti dalam merancang strategi dan mengeratkan hubungan diantara staf Pusat Internet bersama ahli PI Langga... baca selanjutnya

Bakti Masyarakat(Bantuan Mangsa Banjir)

Aktiviti Terkini | 3 Jun 2018

Dapat menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir berbentuk pakaian, makanan dan wang tunai dan membantu membersihkan rumah mangsa banjir dan kawasan sekitar... baca selanjutnya

Indoor Games sempena hujung minggu di PI1M

Aktiviti Terkini | 25 Mei 2018

Dapat meningkatkan keupayaan minda dan kognitif serta menambah baik kemahiran dalam menyelesaikan masalah... baca selanjutnya

Penyerahan Digi Simpack Percuma Kepada Peserta / Petani Myagro (Mardi)

Aktiviti Terkini | 20 April 2018

Dapat menyediakan saluran maklumat dari Kementerian kepada Awam dan memudahkan komunikasi antara Petani dengan Extension Officer mereka... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak Bersama-sama Ahli PI1M Langgar

Aktiviti Terkini | 5 April 2018

Menggalakkan ahli-ahli PI1M Langgar supaya peka terhadap ancaman siber yang mungkin diberi ruang oleh mereka sendiri di laman sosial... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak Jelajah Sebenarnya.my

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2018

Memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan dalam memilih berita, dan mengesahkan kandungan maklumat sebelum berkongsi... baca selanjutnya

Teknik Penulisan Resume & Tatacara Interview oleh Jobs Malaysia serta KDB

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2018

Dapat membantu memberi tips dan cara-cara menyediakan resume dan menghadapi interview dengan betul dan berkesan... baca selanjutnya

3D Software Training

Aktiviti Terkini | 20 - 21 Februari 2018

Ia merupakan satu program yang diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai printer 3D kepada komuniti... baca selanjutnya

Program KDB dan Jom Internet di Asrama Sekolah Kebangsaan Jabi

Aktiviti Terkini | 10 Januari 2018

Dapat mengumpul ahli-ahli PI1M Langgar untuk bersama mengisi masa cuti sekolah di PI1M Langgar... baca selanjutnya