Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Langgar merupakan sebuah pekan kecil di negeri Kedah, Malaysia. Ia terletak di antara pekan Pokok Sena dan Bandar Alor Setar. Masyarakat di sini menyebutnya “Langgaq”.

Perkataan 'langgar' di sini bermakna 'perkuburan raja' atau 'makam'. Di sini terdapat sebuah makam raja sejak tahun 1706 yang berdekatan dengan Masjid Langgar(Masjid Jamek Tunku Kalsum). Dalam makna yang lain 'langgar' juga bermaksud pusat pengajian agama seperti surau dan madrasah.

Terdapat banyak tempat pengajian agama di Langgar. Langgar merupakan sebuah penempatan di Kedah yang telah wujud sejak 1700-an. Ketika itu jalan pengangkutan untuk pergi ke Langgar adalah melalui laluan sungai dari Bukit Pinang.

Jaraknya dari Bandar Alor Setar ialah lebih kurang 9 km. Disinilah terletaknya Komplek Makam diRaja Langgar bersebelahan dengan Sungai Langgar. Komplek ini dibina pada bulan Jun tahun 1701.

Sultan Abdullah Muazzam Shah telah telah memilih Langgar sebagai tempat pemerintahannya dan apabila baginda meninggal pada 1706, baginda telah dimakamkan di Langgar. Sejak dari itu, kesemua Sultan Kedah dan kerabat di Raja Kedah telah dimakamkan di permakaman diraja di Langgar. Diantara tokoh yang dimakamkan di Langgar termasuk Tunku Abdul Rahman, perancang kemerdekaan Malaysia, dan juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah sendiri telah memilih untuk dikebumikan di Langgar dan bukannya di makam pahlawan, di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Langgar juga merupakan sebuah pusat pengajian agama berasaskan Sistem Pondok, iaitu sebuah sistem pendidikan yang tertua di Alam Melayu ini. Sistem Pondok ini telah berjaya menghasilkan ramai tokoh-tokoh agama dan alim ulama yang telah memberi sumbangan yang besar di dalam perkembangan Islam.

Bentuk pondok yang terdapat di Pekan Langgar adalah sama dengan bentuk Penjantren yang terdapat di Pulau Jawa, Madura, Acheh, Minangkabau dan juga Sumatera. Terdapat banyak pondok-pondok pengajian, antaranya yang terkenal ialah Pondok Tuan Haji Mohammad Nor(lebih dikenali sebagai Pondok Tasak), Pondok Tuan Haji Ahmad Tua, Pondok Tuan Haji Ahmad Janggut dan Pondok Sheikh Abdullah Mesir.



Berita & Aktiviti Terkini

3D Software Training

Aktiviti Terkini | 7 - 8 Oktober 2017

Ia merupakan satu program yang diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai printer 3D kepada komuniti... baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak dan Advokasi

Aktiviti Terkini | 3 Oktober 2017

Dapat memberi pendedahan kepada pelajar Tahun 6 tentang cara menggunakan internet dengan selamat.. baca selanjutnya

Tayangan Video dan Kuiz Maal Hijrah

Aktiviti Terkini | 29 September 2017

Peserta menonton tayangan maal hijrah dan menjawab kuiz berdasarkan pemahaman... baca selanjutnya

Pertandingan Mewarna Logo Negaraku Sehati Sejiwa

Aktiviti Terkini | 23 Ogos 2017

Peserta belajar mengenali logo tema sebelum dan terkini serta mewarna menggunakan warna pensil dengan merujuk kepada contoh Logo Tema ke -60 yang diberi... baca selanjutnya

Program Gotong Royong Bersih PI1M Langgar dan Kawasan Sekitar

Aktiviti Terkini | 30 Julai 2017

Bertujuan untuk menjadikan Pusat Internet 1 Malaysia Langgar sebagai pusat internet yang bersih dan selesa digunakan oleh ahli-ahli PI1M Langgar dan penduduk setempat... baca selanjutnya

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri PI1M Langgar dengan kerjasama JKKK Kampung Tanjung Inggeris

Aktiviti Terkini | 14 Julai 2017

Menyambut perayaan bersama komuniti setempat dan memperkenalkan lagi PI1M Langgar kepada komuniti yang masih tidak mengetahui fungsi PI1M Langgar... baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak, Mobile e-Waste & Check Your Label

Aktiviti Terkini | 14 Julai 2017

Bertujuan memberi maklumat berkenaan keselamatan komuniti ketika berkongsi butiran diri dan berwaspada ketika melayari laman sosial selain menerangkan berkenaan Mobile e-Waste serta memeriksa label pada smartfon masing-masing... baca selanjutnya

Program Puzzle Challenging

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2017

Aktiviti ini dapat merangsang minda dan tahap kecerdasan peserta melalui daya penglihatan dan juga pemikiran... baca selanjutnya

Mesyuarat Pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat Internet 1Malaysia Langgar bersama JKKK dan KRT Kampung Tanjung Inggeris

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2017

Bertujuan dapat mewujudkan ikatan kerjasama antara PI1M Langgar bersama wakil-wakil penduduk setempat.... baca selanjutnya

Advokasi & Klik Dengan Bijak Cyber Challenge bersama ahli Pengakap siri 2

Aktiviti Terkini | 12 Mei 2017

Bertujuan dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)... baca selanjutnya

Kelas Bahasa Inggeris & Tanya Mr Google

Aktiviti Terkini | 28 April 2017

Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk mengajar ahli Pi1M Langgar yang di kalangan kanak-kanak untuk mencari maklumat atau maksud di dalam bahasa inggeris dengan menggunakan kemudahan internet... baca selanjutnya

Advokasi dan Klik Dengan Bijak di Kem Pengakap Pokok Sena

Aktiviti Terkini | 13 April 2017

Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai modul Klik Dengan Bijak yang mengandungi cara bagaimana untuk melayari internet secara berhemah dan memberi maklumat kepada peserta mengenai modul “Mobile E-Waste”... baca selanjutnya

Program Advokasi Klik Dengan Bijak & KDB Cyber Challenge

Aktiviti Terkini | 6 April 2017

Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai modul Klik Dengan Bijak yang mengandungi cara bagaimana untuk melayari internet secara berhemah dan memperoleh pelbagai cara untuk mengenalpasti kesahihan sesuatu maklumat yang diterima atau disebarkan... baca selanjutnya

Program Pengisian Permohonan UPU & SPA8 Bersama Pelajar Lepasan SPM

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2017

Program ini bertujuan untuk membantu para pelajar berkenaan bagaimana panduan mengisi permohonan UPU secara atas talian dan membantu serba sedikit memberi maklumat berkaitan IPTA/IPTS dan aliran yang ingin dipohon pelajar... baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M ini ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia ini seperti kelas komputer dan sebagainya.

Latihan Usahawan PERCUMA

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan...baca selanjutnya